Wednesday, January 18, 2012

bad habit is bad bad bad

Okay memandangkan idea ni datang fresh dari ladang, so saya akan menulis entry ini dengan sebaik mungkin. entry kali ni mengenai bad habit or dalam bahasa melayunya tabiat buruk. Maksudnya kat sini bukanlah tabiat suka mengumpat or something like that, this is more like a suka korek hidong ke etc. Well semua orang mesti ada tabiat burukkan, tak kisah la masa kecik ke, remaja ke or even sekarang. Jangan nak tipu la kalau cakap tade. Its either korang lupa or korang buat buat lupa or korang tak perasan pon, Okay lets take a look at tabiat tabiat burok yang famous dalam masyarakat kita.


1. Suka jeling jeling mata/ kelip kelip mata.

haa terjuling teross

Well ni selalunya happen masa kita kecik kecik. Tapi ada jugak yang dah besar pun macam ni. Orang dengan habit macam ni selalunya bila dorang sorang sorang, mesti suka kelip kelip mata and jeling jeling mata ke atas. Kalau kelip mata biasa lebih kurang 20 kali seminit, tapi dorang boleh mencecah sehingga 200 kali! Woww. And bila bercakap dengan orang pulak, dorang akan try control, tapi selalunya boleh perasan la. Hati hati kepada yang berhabit macam ni sebab mungkin mata anda bole juling! @.@ Lagi satu mungkin boleh mengundang salah faham sebab orang ingat anda sedang bermain mata!


2. Suka jelir lidah.

suka sangat jelir lidah kan dah jadi panjang gilo

Ini standard la masa kecik kecik kan. Kalau tak jelir lidah tak sah. Ntah belajar dari mana pun tak pasti. Maybe belajar secara semulajadi kot. Kalau kita tengok, budak budak kalau kena marah ke, kena tegur ke, atau sesuatu yang dorang tak suka, then dorang akan jelir lidah. Lepas tu kena marah dengan parents cakap tak baik jelir lidah nanti kena potong. Well masa kecik kecik dulu boleh la dimaafkan, tapi kalau dah besar pun nak buat macam tu memang nak kena potong betol betol la kan. Tapi kalau sekarang ni ramai jugak yang suka amek gambar jelir jelir lidah. Trend kot :p



3. Suka meludah

hamek kau. hakkk tuihhhh
Suka meludah ni paling aku menyampah, lebih lebih lagi kalau budak budak kecik dah pandai meludah. Kecik kecik lagi dah nak jadi samseng. Aku menyampah sebab aku ada sorang adik sedara yang perangai macam tu. Tapi naseb baik setelah disepak dan dilempang berkali kali, dia dah berubah. Alhamdullilah. Ada kawan aku sorang ni dia cerita yang dia suka bau air liur masa kecik kecik. Its like, hamaigadd wathehell mannnn. Thats so gross mannn. Tapi nasib baik bila dah besar dia dah tak macam tu. So nampaklah keayuan gadis tu sket.


4. Suka buat muka

macam nilah muka korang bila suka buat muka

Suka buat muka ni bukan maksudnya suka merajuk ke apa, but its like suka kerut dahi ke suka kerut hidung, lebih kurang macam tu la. Habit yang macam ni memang famous. Even ada yang dah besar panjang pun still dengan habit macam ni. Bila kita perhatikan dorang betol betol, mesti dalam 10 saat tu, 2-3 kali dorang kerut kerut dahi or kerut muka, macam macam lagi lah. Mostly dorang tak perasan pun yang dorang buat macam tu, and kadang kadang kawan yang perasan pun taknak tegur, macamana nak ubah kan. Bukan nak mengutuk, but this habit nampak burok kot. Kalau lelaki yang buat, habis semua awek lari tanak dekat. Kalau awek pulak yang buat, lagilah nampak burok bebeno.


5. Korek hidung then main lap lap


haa korek lagi korek lagi dalam dalam

Well ni antara yang paling famous la dalam sejarah tabiat tabiat burok dunia. Tak mengenal umur sebab mostly bad habit just masa kanak kanak je then bila dah besar akan hilang, tapi yang ni orang besar pun sama je. Kalau dah pengoto, pengoto jugak. I'm not talking about korek hidong biasa biasa tu, well benda tu setiap manusia pun buat. Tapi yang ni lagi ekstrim. Dorang suka korek idong tak kira tempat dan ketika. Ada yang lagi terok lepas korek, siap lap kat dindinglah, kat bawah kerusi, kat bawah meja lah. Euww mann beragak lah skettt. Cuba amalkan cara yang beretika mengorek hidong.


6. Suka gigit jari/kuku

haa gigit gigit, makan teros tangan tu

Ni pun famous jugak. Banyaknya yang famous kan. Kira semua semua yang aku list ni memang famous pon. Jujurlah aku cakap, aku pun salah sorang yang suka gigit jari. Its fun you know :p Aku siap simpan kuku panjang lagi just untuk digigit di kemudian hari. Ada orang tu siap sampai kuku dia dah tak rupa kuku. Bahaya sangat tu. I know its bad sebab kotor kan. But its feel so good man. You know, sometimes what you do is wrong but it feels so righttt. hahaha. Tapi okay apa gigit gigit, ramai orang cakap it looks cute bila orang gigit jari. Orang cakap la, bukan aku cakap :p

Sampai sini je la aku bagi. Kalau korang nak yang pelik pelik lagi, just google je jumpa la macam macam. Ada yang suka makan sabun la, ada yang suka makan najis la. Wathefak man. Well, setiap manusia berbeza beza kan, so tabiat masing masing pon berbeza beza. Sukati koranglah nak buat apa asalkan korang bahagia dan tak susahkan orang lain okay?

Tuesday, January 17, 2012

faktor perempuan comel di mata lelaki

Atas permintaan seorang sahabat. Di inspirasikan oleh gadis gadis seluruh malaya. Dan dengan hasil kajian serta kerjasama dari bujang bujang, duda, buaya darat dan yang sewaktu dengannya, saya dengan ini akan mengelistkan faktor faktor yang menjadi tarikan lelaki buat si dara dan tidak dara di luar sana. Here we go.

1. Clumsiness
nah nasihat sket for the clumsy girls out there.


Perempuan yang clumsy ni selalunya bukan sebab dorang buat buat, tapi dah memang character dorang macam tu. Memang kadang kadang nampak macam menyusahkan, rasa macam mengada ngada pun ada. Tapi percayalah, most lelaki tertarik dengan perwatakan dorang yang macam ni. For example, bila dorang jalan jalan sket asik asik terjatuh. Takpun time buat apa apa pun mesti ade slack. And to be honest, its actually really cute bila dorang macam tu, and fun. Fun sebab kita boleh gelakkan dorang. Perwatakan dorang buat kita ingat kat dorang. So, 10 points for the clumsy girls out there.


2. Garang tapi manja


Most lelaki memang/kurang mendekati dengan perempuan yang garang nih. Maybe sebab dorang takut. But wait until he's sees the other side of her. Once dia rasa kemanjaan perempuan tu, pasti nak lagi. Maybe takut sebab tak kenal lagi, but after kenal, its not so bad sebab kita tahu dorang ni manja sebenarnya, but to certain people la. Certain people who is lucky actually. And bila dorang marah, this is the time where you can actually say 'u ni comel sangat bila marah' or something like that. Tapi kalau kena lempang ke hape pandai pandai la tanggung sendiri. Perempuan macam ni tak tipikal. So 10 points for the these girls.


3. Kuat merajuk & senang dipujuk.


Perempuan kalau merajuk pun sebenanye comel jugak. It means that dia nak bermanja dengan kita. Or maybe because she do care for us guys. Lagi lagi yang buat buat merajuk and then nak buat muka. Walaupun bila orang tengok rasa nak lempang laju laju enamploh kali, tapi sebenanye cute what bila dorang buat macam tu. Tapi satu yang tak cute is, bila dah merajuk, kita pujuk tapi dorang tak makan pujuk. Kalau setakat satu dua kali tu bole la terima lagi, ni kalau setiap kali nak macam tu susah la. Padahal gaduh sebab benda kecik je, bukan sebab curang ke hape. Tambah lagi bila merajuk je off phone, bila call je tak jawab. Kol beratus kali pun tak jawab. Panas jugak kalau jadi camtu, rasa nak pegi depan depan dia then cakap

'Y U NO ANSWER THE PHONE!!?' 

Even lelaki menyampah kalau perempuan asik merajuk je, tapi kadang kadang kitorang suka jugak, sebab bole test skill memujuk. Tapi kena bersesuaian dengan tempat la. Janganlah kalau kitorang tengah tension tension nak exam ke, ade problem dengan kengkawan ke, then tiba tiba si gf pon nak buat hal jugak. Jangan eh, tak comel macam tu. Nah 5 markah je untuk korang.


4. Banyak ekspresi muka.


Well ni aku tatau la guys yang lain setuju ke tak, but for me, I found it interesting and fun bila lepak dengan perempuan yang pandai buat muka. Emm camana nak cakap eh, for example bila dia tengah bercerita pasal sesuatu yang sedih atau gembira, then sambil cerita kita tengok muka, bibir, mata dia berubah ikot mood cerita. I find it attractive. Tapi kena hati hati sebab perempuan macam ni mostly pandai belakon.


5. Suara & Intonasi.



Perempuan yang suara halus, sexy, sweet, & manja sangatlah boleh mencairkan hati lelaki. But I don't to use the word 'manja' sebab suara yang manja is subjektif. Bagi aku suara macam Lisa Surihani tu suara manja. It depends on people. Well different people have different views rite mate? How a girl talks, dengan suara dan intonasi dia tu, we guys can easily attracted to them. And FYI, there's only 4 minutes needed to know whether the guys or girls suka kita atau tak. With 12% dekat rupa, 10% untuk pemakaian, and 78% pada suara, intonasi, dan kelajuan kita berkomunikasi. Yup, suara memang penting. Cuba bayangkan kalau gf aku tu Shila Hamzah ke, dah la comel, suara merdu pulak tu, memang tiap tiap malam aku suruh dia nyanyi untuk aku la kan.


6. Gamers.




Okay ni seriously serious cool gila bila perempuan tu gamers. Its like, bila tengah lepak lepak then cerita pasal game ke hape, tetibe perempuan tu menyampuk sekali join cerita sekaki, then yang lain pun macam, 'eh kau main jugak ke?' then semua orang macam, respect gila dekat minah ni kan. Aku tau memang tak banyak perempuan macam ni. Sebab tu lah dorang cool. Tapi kepada gamers girls luar sana berhati hatilah takut dibuli dalam dunia cyber. Muehehe

But of course la walau comel macamana pun kita nak buat, kalau orang dah benci kita, apa apa yang kita buat pun sume akan nampak burok.

And you know what girls, looks doesn't really matter to us. It's heart that matter. So stop worry about your looks okay :) Did you seriously believe that? Of course looks whats matter. So stop eating and start gymming.

Well sampai sini je la kot entry kali ni. Banyak lagi nak tulis sebenarnya, but masa tak mengizinkan. Maybe next time ada rezeki kita akan bertemu lagi di hari dan waktu yang sama orait.

Saturday, January 14, 2012

my childhood is better than yours. your argument is invalid



hai jejaka tampan dan gadis comel sekalian,

korang ingat tak time korang kecik kecik dulu? korang tak rasa rindu zaman korang kecik kecik dulu ke? time tu tak payah nak pikir pasal exam la, nak kena study la, nak pointer first class la, yang ade dalam kepala otak korang is main main dan main. entry kali ni aku nak citer waktu aku sekolah rendah dulu/ masa aku kecik.

aku ni masa kat sekolah dulu nak cakap nakal tak, nak cakap baik pon tak. nak cakap pembuli tak, dibuli pon bukan. aku rasa aku biasa biasa je kot. tapi dulu aku memang tak suke sekolah. aku mesti nak buat macam macam alasan untuk tanak pegi sekolah. aku bukan tak suka sekolah tu, aku just tak suka budak budak kat sekolah tu. dulu aku sombong dan tak suka cakap dengan orang. sebab aku rasa dorang sume bodoh dan selekeh. hahaha. seriously. aku takan cakap dengan orang kalau orang tu tak cakap dengan aku dulu. and aku memilih kawan.

tapi aku bukan nak cakap pasal tu. aku nak cakap pasal the awesome things masa aku umur sekolah rendah dlu. well kita mulakan dengan aktiviti aktiviti kat sekolah. aku citer mane yang aku ingat je la eh




main keja keja.
main keja keja ni biasalah kan budak budak. tapi aku tengok budak budak sekarang macam da tak main je. dulu aku kalau main benda macam ni memang semangat. alaa mesti korang nak cakap, 'bole ke aku lari?' fuuuuu. bole la gile. hahaha. main police sentry. kadang kadang kalau kena keja tu, memang aku lari tak ingat dunia. haha peduli apa orang lain kan janji bole selamatkan diri sendri. perasaan tu best gila kot.



bolasepak penutup botol.
ni satu lagi, memang aku tak boleh lupa. setiap kali masa rehat je, amek satu penutup botol, letak bawah, sepak. kadang kadang bukan sepak je, siap pijak pijak lagi. main ganas gila, siap sampai sepak terajang semua ada. lepas tu kasut, baju semua kuning je. balik balik kena tarik telinga. benda ni bukan kat sekolah rendah je, masa sekolah menengah pun aku main jugak. lagi ekstrim la. masa rehat je, meja semua susun tepi, lepas tu main. lepas rehat, hancur satu kelas. hahaha.



bukan pemadam ni. gamba hanya sekadar hiasan

main pemadam.
benda ni macam wajib la kalau kat sekolah tu. dia macam ada musim dia. main sapa kalah kena rampas. yang banyak pemadam sebab menang tu kira macam taiko la. debe orang ganu cakap. aku dulu siap beli satu kotak lagi dari bookshop sebab nak main liga punya pasal. lepas tu kalah. sedih je. lepas tu aku mula lah tak puas hati cakap itu tak adil ini tak adil. main tipu sana main tipu sini. last last cikgu rampas semua pemadam. dua dua sedih. hahaha.




mesin tikam.
benda ni dia macam tempat nak habiskan duit tau. tak kisah la kena marah berapa ratus kali pon, tikam tetap tikam. sanggup tak makan kat sekolah sebab nak simpan duit nak tikam. dulu sekali tikam around 20sen or 50sen je. tade macam sekarang ni sampai 5 hengget pon ade. lepas tikam tu, time nak tengok mainan ape yang kita dapat tu kira macam one of the best feeling in the world la. lepas tu kalau tak suka bole tuka dengan kawan kawan mane yang berkenan.


main yang lompat lompat getah gelang panjang tuh.
ni aku tak main pon. tapi aku suka tengok budak perempuan main. dah majoriti yang main pon memang budak perempuan. suka tu takdelah suka sangat. tapi terpaksa tengok sebab takde benda nak buat sementara tunggu mak aku jemput. ni ak tatau nak cari gamba macamana. korang bayangkan je la eh :p


ni pulak cite yang memang top la masa aku kecik kecik dulu




power rangers.
ni memang wajib. citer ni boleh buat gaduh kot. semua nak berebut warna masing masing. sampai sekarang aku ingat lagi warna rangers masing masing. abang aku yang first warna merah, yang kedua hijau, aku pulak biru. maybe sebab tu sampai sekarang aku suka warna biru. adik adik aku yang lain tade sebab masa tu dorang kecik lagi. 




pokemon.
kartun favorite aku dulu. bukan aku je, tapi aku rasa satu dunia suka natang nih. tapi aku lagi prefer digimon. dulu mesti semangat gila tengok pokemon. siap nak beli pokeball la. rasa macam benda tu real. kecik kecik dulu kan imaginasi tinggi. game pon ade jugak. dulu gameboy famous sebab benda ni la. pegi sane sini mesti citer pasal game pokemon. pikachuu i choose you!!




digimon.
masa ni kalau tak silap aku darjah 2. masa mula mula benda ni baru keluar, sape yang ade tu kire cool lah. aku ingat lagi camana aku kumpol duit dengan abang abang aku, then suruh kawan dia tolong belikan. ye la dulu kecik lagi mana reti beli sendri. kitorang beli benda ni pon diam diam je, kalau mak ayah ak tau, memang kene marah la jawabnye. lepas dah dapat tu, setiap kali lepas abes sekolah je, mesti nak battle dengan digimon kawan kawan lain. ade yang sampai nangis bila digimon dorang da mati. ye la lame kot nak bela natang tu sampai besar. then kalau kat rumah pulak, aku dengan abang aku mesti teros masuk bilik kunci pintu, sebab tanak kantoi dengan mak. tapi last last kantoi jugak lepas tu kena bebel. haha.




dragon ball.
ni memang wajib la aku cakap. setiap hari sabtu dan ahad, pukul 930 pagi. memang takkan miss. sanggup suruh orang kejot pagi sebab takot termiss citer ni. ade satu hari tu siap marah marah & nanes lagi sebab sebab terbangun lambat. setiap kali termiss je mesti aku akan marah adik adik aku sebab tak kejot. sian adik aku, dah la kecik lagi masa tu.



aku tengok budak budak sekolah sekarang mana buat lagi aktiviti luar. semua duduk dalam umah je. sekarang yang kecik kecik pon dah dibelikan ipad, galaxy tab bagai, memang tak keluar rumah la kan. ade siap yang umur baru darjah 4-5 dah pandai nak berfacebook facebook. yang pompuannye siap pandai nak dress up, usha usha mamat hot la. weh korang baru darjah 5 kot. wathehell. baligh pon belom.

aku bukan cakap sebab jeles ke ape. jeles tu ade la sket sket. hahaha. tak kesah la ape pon yang budak budak sekarang ade, tapi aku tetap ade 1 benda yang lagi best dari dorang, which is




an awesome childhood memories
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...